FundMyHome ataupun Pinjaman Perumahan Bank?

Jawapannya bergantung kepada keadaan setiap orang, selera risiko masing-masing, terma-terma pinjaman bank, keluasan pelaburan dan jangkaan anda terhadap kelakuan harga rumah dalam tempoh lima tahun.

Untuk membeli apartment 3-bilik yang berharga RM300,000, seorang pembeli hartanah perlu mengemukakan RM60,000 dibawah kedua-dua pilihan. Pada lima tahun seterusnya, dengan pinjaman bank, anda perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM1,216 setiap bulan. Dengan FundMyHome, tidak akan ada apa-apa bayaran bulanan.

Di penghujung lima tahun, dengan pinjaman bank, jumlah bayaran anda adalah sebanyak RM132,960 dan masih ada lagi hutang sebanyak RM218,779. Di bawah FundMyHome, anda hanya bayar RM60,000 dan hanya mempunyai RM240,000 jumlah tertunggak.

Satu lagi cara untuk melihatnya ialah amaun yang telah dibayar ditambah dengan amaun tertunggak adalah RM351,739 di bawah pinjaman  bank. Manakala di bawah FundMyHome jumlah keseluruhan adalah RM300,000 atau lebih kurang RM52,000 lebih murah. Ini adalah kerana bayaran yang dibuat di tahun-tahun awal adalah bayaran faedah.

Walau bagaimanapun, sekiranya harga rumah naik lebih daripada 17%, adalah lebih baik dengan pinjaman perumahan  bank biasa. Sebaliknya, risiko kerugian disebabkan penurunan dalam harga rumah jauh lebih tinggi di bawah pinjaman perumahan bank. Dengan FundMyHome, kerugian anda adalah terhad kepada modal yang dilaburkan, iaitu 20% dari harga rumah asal.

Secara ringkasnya, jika anda mempunyai akses kepada pinjaman perumahan bank, lebih suka untuk tidak berkongsi keuntungan modal anda dan tidak keberatan dengan apa sahaja kerugian, FundMyHome bukanlah untuk anda.

Sebaliknya, jika anda tidak mempunyai akses kepada pinjaman perumahan bank, bersedia untuk berkongsi keuntungan modal anda dan mengurangkan potensi kerugian anda, maka FundMyHome adalah mungkin yang terbaik untuk anda.