Jika saya tidak boleh memohon pinjaman hari ini, bagaimana peluang saya nanti selepas tempoh 5 tahun di bawah FundMyHome?

Membeli menerusi FundMyHome daripada menyewa selama lima tahun pertama meletakkan anda dalam kedudukan kewangan yang lebih baik untuk memohon pinjaman selepas itu.

Menjelang tahun ke-6 anda meneruskan kedudukan sebagai pembeli rumah di bawah FundMyHome, anda telah mengumpul RM60,000 atau 20% pemilikan ekuiti rumah (rujuk jadual dibawah). Sekiranya anda memilih untuk memohon pinjaman 80% untuk membeli rumah, anda tidak perlukan dana tambahan untuk bayaran pendahuluan, dengan menganggap harga rumah itu tidak berubah pada harga RM300,000. Walaupun harga rumah meningkat, katakan RM350,000, anda hanya perlu menambah RM10,000.

Sebaliknya, sekiranya anda terus menyewa untuk lima tahun pertama, rumah tersebut masih belum milik anda dan anda masih memerlukan RM60,000 untuk 20% bayaran pendahuluan bagi membeli rumah berharga RM300,000. Jika harga rumah tersebut meningkat kepada RM350,000 – anda memerlukan jumlah yang lebih banyak iaitu RM70,000.

Hakikatnya, kedudukan anda lebih terjamin di bawah FundMyHome berbanding menyewa. Sekiranya harga rumah turun sebanyak 10% anda masih mempunyai ekuiti positif 10% daripada harga asal rumah. Walaupun harga rumah jatuh sebanyak 20%, kedudukan rumah anda masih baik berbanding menyewa. Nilai ekuiti positif yang dihasilkan ialah untuk membantu anda memiliki rumah sendiri.