FundMyHome telah menjadikan impian saya satu kenyataan!

SEMENYIH (Jan 17): Liau Tet Haw yang berumur 35 tahun telah memenuhi impiannya selama ini untuk memiliki rumah – hasil dari platform pembiayaan harta inovatif FundMyHome (FMH).

“Saya sangat teruja untuk mempunyai tempat milik saya sendiri akhirnya!” kata Liau, yang berasal dari Sabah. “Hasrat saya ialah untuk membeli hartanah di Malaysia Barat di mana saya telah bekerja selama bertahun-tahun, Liau berkongsi dengan EdgeProp.my selepas menandatangani perjanjian jualan dan pembelian di Semenyih hari ini.

Liau membeli sebuah unit di Apartment Harmoni di EcoMajestic, sebuah perbandaran yang akan dibangunkan oleh Eco World Development Group Bhd.Unit pegangan bebas 900 kaki persegi yang bernilai RM300,000 menawarkan tiga bilik tidur, dua bilik mandi dan dua ruang parkir. Antara kemudahan yang disediakan termasuk bilik fungsi, kolam renang, gelanggang pelbagai guna, kolam kanak-kanak, taman permainan dan pagar yang mengelakan pemanjatan.

Walaupun FundMyHome adalah platform yang baru diperkenalkan, Liau berkata bahawa beliau sangat positif dan yakin dengan skim ini kerana ia bekerjasama dengan pemaju terkemuka di Malaysia.

“Rakan-rakan dan ahli keluarga saya telah bertanya sama ada saya benar-benar mahu mengambil ‘risiko’ kerana skim FundMyHome kelihatan terlalu baik untuk menjadi kenyataan.

“Mereka berkata ia boleh menjadi satu penipuan!” beliau berkata sambil ketawa. “Saya bersyukur kerana saya membuat keputusan yang betul. Hari ini, akhirnya saya pemilik rumah pangsapuri di Eco Majestic,”katanya.

Liau, seperti ramai pembeli rumah yang lain, telah membuat beberapa kali percubaan tetapi gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membeli rumah pertamanya.

“Saya mahu menetap di Malaysia Barat … Tidak mudah untuk mendapatkan pinjaman bank. Tanpa FundMyHome, saya mungkin hanya boleh terus menyewa unit yang saya kini tinggal di OUG (Overseas Union Garden, KL) dan tidak mendapat apa-apa pada penghujung hari.

FundMyHome telah membuat impian saya menjadi kenyataan,” tambah Liau.

Di bawah FundMyHome, Liau hanya perlu membayar 20% daripada harga pembelian Apartment Harmoni untuk memindah masuk. Beliau tidak perlu mempunyai pinjaman bank kerana 80% daripada harga pembelian dibiayai oleh institusi. Oleh itu, Liau tidak mempunyai pembayaran gadai janji untuk dirisaukan selama lima tahun akan datang di mana pada penghujungnya beliau akan memutuskan sama ada untuk memiliki 100% keseluruhan unit atau menjualnya.

“Memandangkan apartment Harmoni telah siap dibina, saya dapat memulakan pengubahsuaian rumah sekarang dan terus memindah masuk setelah pengubahsuaian selesai. Saya bersedia untuk mengambil 80% daripada unit ini lima tahun kemudian jadi saya bersedia untuk melabur wang untuk mengubahsuai unit ini, “kata Liau.

Dilancarkan dua bulan lalu, FundMyHome membolehkan seseorang untuk membeli harta yang disenaraikan di platform dengan membayar 20% daripada harga. Baki 80% akan disumbangkan oleh institusi yang ingin membiayai pengambilalihan di mana institusi akan mengambil hasil yang telah telah ditentukan dan institusi juga akan mempunyai bahagian di dalam potensi kenaikan nilai rumah tersebut.

EcoWorld adalah salah satu daripada pemaju yang menyertai FundMyHome. Pemaju ini sedang meneroka kemungkinan mengembangkan portfolio unitnya di platform ini.

FundMyHome dikuasakan oleh EdgeProp.my. Ketahui lebih lanjut di www.FundMyHome.com