Memiliki rumah pertama saya begitu mudah dengan skim FundMyHome + DepositKu

SEMENYIH (Feb 20): Lebih daripada 20 pembeli rumah telah mencapai matlamat hidup mereka untuk memiliki rumah di bawah skim baru yang dipanggil Skim FundMyHome + DepositKu yang dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin di Semenyih, Selangor pada hari ini.

Inisiatif pinjaman ini membolehkan pembeli rumah kali pertama di bawah FundMyHome fleksibiliti untuk mendapatkan pinjaman sehingga RM30,000.

Di bawah FundMyHome, pembeli membayar 20% daripada harga pembelian untuk memiliki rumah tanpa gadai janji bank dan bayaran balik bulanan. Baki 80% daripada kos hartanah disumbangkan oleh institusi yang mengambil bahagian, yang juga akan berkongsi pulangan daripada perubahan nilai masa depan rumah.

Di bawah skim FundMyHome, pembeli rumah yang ingin membeli rumah berjumlah RM307,000 perlu membayar 20% daripada harga belian atau RM61,400 untuk memiliki rumah tersebut. Baki 80% (RM245,600) akan dibiayai oleh institusi. Dengan FundMyHome + DepositKu, pembeli rumah yang sama kini boleh memohon pinjaman sebanyak RM30,000 dari Kerajaan untuk membantu pembayaran 20% yang diperlukan. Dengan ini, pembeli rumah hanya perlu membayar RM31,400.

Jika pembeli layak untuk diskaun bumiputera sebanyak 7% (RM21,490), maka dia hanya perlu membayar RM9,910 untuk memiliki rumah tersebut.

Bagi pasangan muda yang telah berkahwin, Siti Nurain dan Ahmad Faizal, yang sedang tinggal di sebuah rumah sewa di Segambut sekarang, skim ini telah membantu mereka mencapai impian mereka untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Mereka mengambil sedikit masa untuk membuat keputusan dan akhirnya memilih untuk membeli unit apartmen dalam pembangunan perbandaran di Semenyih.

“Semenyih mempunyai potensi untuk berkembang. Kami meramalkan pembangunan tempat ini akan berkembang dan akan menjadi perbandaran yang mempunyai semua aspek untuk kehidupan seharian,” kata Nurain.

Faizal mengakui bahawa mekanisme FundMyHome yang membolehkan mereka memiliki sebuah rumah dengan 20% daripada harga rumah tanpa pinjaman gadai janji selama lima tahun, memberikan kebebasan kewangan untuk pasangan itu.

Manakala untuk Afiq Abidin yang berumur 25 tahun, skim ini telah membantu beliau merealisasikan matlamatnya untuk memiliki rumah dengan cara yang mudah dan fleksibel.

“Saya adalah salah seorang daripada mereka yang baru memasuki pasaran kerja dan ini adalah antara salah satu inisiatif yang menawarkan cara yang lebih mudah dan lebih fleksibel untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar bayaran muka yang terlalu banyak.

“Saya telah mengetahui tentang skema ini melalui Internet dan saya ragu-ragu sama ada ia benar atau tidak. Tetapi apabila saya mengetahui tentang skema ini dengan lebih lanjut, saya berkata ‘ini baru betul-lah’!” katanya.

Ketika ini, Afiq sedang bekerja di dalam industri hotel di Johor manakala keluarganya tinggal di Cheras.

“Antara sebab-sebab saya memilih rumah ini di Semenyih di bawah FundMyHome adalah kerana ia lebih dekat dengan rumah keluarga saya. Tambahan pula, rumah ini mampu dimiliki dan terletak di kawasan pembangunan yang akan berkembang,” katanya.

Sementara itu, satu lagi pembeli bangga bernama Siti Khauzin kini menjadi pemilik apartmen Semenyih yang menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi dan kemudahan untuk menjaga kesihatan.

“Kami [keluarga enam orang] telah tinggal di rumah mendarat di Ulu Kelang semenjak 10 hingga 15 tahun yang lalu, dan memandangkan sekarang anak-anak telah dewasa dan sudah berpindah keluar dari rumah, kami sedang mencari unit yang lebih kecil dengan kemudahan umum, ” katanya.

Suaminya Zailan Ramli kata bahawa mereka membuat keputusan untuk memberi satu cubaan kepada FundMyHome untuk memenuhi impian mereka untuk bersara tanpa perlu memikul beban yang berat dari segi aspek kewangan.

Dibina oleh EdgeProp Sdn Bhd, skim FundMyHome membolehkan pembeli rumah kali pertama untuk membayar 20% daripada harga hartanah untuk memiliki rumah. Mereka juga boleh memilih dari pelbagai jenis rumah seperti rumah bertingkat dan mendarat dengan harga dan lokasi yang berbeza yang dipaparkan di FundMyHome.com.

Baki 80% daripada kos hartanah itu akan disumbangkan oleh institusi yang mengambil bahagian, yang juga akan berkongsi pulangan daripada perubahan nilai rumah pada masa depan.

*Artikel ini ditulis oleh Shawn Ng & Tan Ai Ling untuk EdgeProp.my