‘Kami tidak melakukan apa-apa yang salah tetapi kami tidak boleh mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah,’ kata pembeli terdesak

SEMENYIH (20 Feb): Suri rumah Hafiza Abd Rahman yang berumur 34 tahun akhirnya boleh “melihat cahaya di hujung terowong” selepas banyak cubaan gagal untuk memiliki rumah. Dengan skim FundMyHome + DepositKu, Hafiza berharap ia dapat membantu menjadikan impiannya untuk memiliki rumah satu kenyataan.

Hafiza (kanan) meluahkan kesedihannya kepada Menteri Zuraida (kiri). (Jurugambar Low Yen Yeing/EdgeProp.my)

Hafiza yang berada di pelancaran skim itu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin hari ini, menangis ketika dia memberitahu Menteri Zuraida tentang cubaan terdesaknya untuk mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah.

“Saya dan suami saya selalu ingin memiliki rumah selepas menyewa lebih dari 10 tahun, tetapi kami mempunyai masalah dalam mendapatkan pinjaman gadai janji kerana kami tidak mempunyai rekod prestasi,” katanya kepada pemberita yang meliputi acara itu.

Menurutnya, dia membayar segala-galanya secara tunai kecuali untuk kereta sedan yang pinjamannya telah diselesaikan sepenuhnya bertahun-tahun yang lalu. Pasangan itu juga tidak mempunyai kad kredit yang boleh menunjukkan rekod kredit mereka.

Hafiza telah menyewa lebih daripda 10 tahun di Semenyih, Selangor dan selama ini, telah memohon pinjaman untuk lebih 15 buah rumah tetapi tidak ada yang diluluskan.

“Kami tidak melakukan apa-apa yang salah, tetapi kami tidak boleh mendapatkan pinjaman kerana kami tidak mempunyai rekod kredit,” kata ibu kepada empat anak itu.

Suami Hafiza adalah seorang programmer yang bekerja sendiri dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Walaupun dia berminat dengan skim FundMyHome, bayaran 20% untuk harga rumah yang diperlukan untuk membeli rumah di platform FundMyHome masih merupakan masalah untuknya dan suaminya.

“Dengan skim FundMyHome + DepositKu, ada kemungkinan saya boleh memiliki sebuah rumah untuk saya dan keluarga saya, saya benar-benar menantikan hari itu,” kata Hafiza.

Di bawah FundMyHome, pembeli rumah yang ingin membeli rumah berjumlah RM307,000 diperlukan untuk membayar hanya 20% daripada harga belian atau RM61,400 untuk memiliki rumah tersebut. Baki 80% (RM245,600) akan dibiayai oleh institusi. Dengan FundMyHome + DepositKu, pembeli rumah yang sama, jika layak, akan menerima pinjaman sebanyak RM30,000 daripada Kerajaan untuk membantu pembayaran 20%. Akibatnya, pembeli rumah hanya perlu membayar RM31,400.

Jika pembeli layak untuk diskaun 7% bumiputera (RM21,490), maka dia hanya perlu membayar RM9,910 untuk memiliki rumah tersebut.