Bagaimana saya, seorang pembeli rumah kali pertama, mendapatkan bayaran pendahuluan sebanyak 20%, dan bagaimana saya boleh mendapat manfaat daripadanya?

Anda boleh mengeluarkannya daripada simpanan anda, meminta pinjaman daripada rakan atau ahli keluarga ataupun memohon pinjaman peribadi daripada sebuah bank.

Membayar 20% dengan wang simpanan

Katakan kini anda menyewa.

Anggaplah anda mempunyai beberapa wang simpanan atau anda berjaya mengumpul RM60,000 daripada ahli keluarga untuk membayar 20% daripada nilai hartanah berjumlah RM300,000 di bawah FundMyHome. Anda pun pindah masuk, tidak perlu membayar apa-apa untuk 5 tahun seterusnya. Anda mampu menyimpan sebanyak RM72,000 dan memiliki ekuiti berjumlah RM60,000 yang boleh dilihat di hujung tempoh.

Jadual 1

Membayar 20% dengan pinjaman peribadi

Sebagai alternatif lain, jika anda mengambil pinjaman peribadi untuk membiayai 20% daripada rumah bernilai RM300,000 di bawah FundMyHome, bayaran bulanan anda adalah bersamaan dengan membina ekuiti ke atas rumah tersebut. Pada akhir lima tahun, anda akan menyimpan sebanyak RM60,000 dalam bentuk pemilikan rumah di bawah nama anda.

Sebaliknya, sekiranya anda terus menyewa untuk lima tahun pertama dengan membayar sewa sebanyak RM1,200 sebulan, anda telah membelanjakan sebanyak RM72,000 dan tidak mempunyai apa-apa hartanah di tangan pada penghujung tahun kelima.

Jadual 2


Jika saya tidak boleh memohon pinjaman hari ini, bagaimana peluang saya nanti selepas tempoh 5 tahun di bawah FundMyHome?

Membeli menerusi FundMyHome daripada menyewa selama lima tahun pertama meletakkan anda dalam kedudukan kewangan yang lebih baik untuk memohon pinjaman selepas itu.

Menjelang tahun ke-6 anda meneruskan kedudukan sebagai pembeli rumah di bawah FundMyHome, anda telah mengumpul RM60,000 atau 20% pemilikan ekuiti rumah (rujuk jadual dibawah). Sekiranya anda memilih untuk memohon pinjaman 80% untuk membeli rumah, anda tidak perlukan dana tambahan untuk bayaran pendahuluan, dengan menganggap harga rumah itu tidak berubah pada harga RM300,000. Walaupun harga rumah meningkat, katakan RM350,000, anda hanya perlu menambah RM10,000.

Sebaliknya, sekiranya anda terus menyewa untuk lima tahun pertama, rumah tersebut masih belum milik anda dan anda masih memerlukan RM60,000 untuk 20% bayaran pendahuluan bagi membeli rumah berharga RM300,000. Jika harga rumah tersebut meningkat kepada RM350,000 – anda memerlukan jumlah yang lebih banyak iaitu RM70,000.

Hakikatnya, kedudukan anda lebih terjamin di bawah FundMyHome berbanding menyewa. Sekiranya harga rumah turun sebanyak 10% anda masih mempunyai ekuiti positif 10% daripada harga asal rumah. Walaupun harga rumah jatuh sebanyak 20%, kedudukan rumah anda masih baik berbanding menyewa. Nilai ekuiti positif yang dihasilkan ialah untuk membantu anda memiliki rumah sendiri.


FundMyHome ataupun Pinjaman Perumahan Bank?

Jawapannya bergantung kepada keadaan setiap orang, selera risiko masing-masing, terma-terma pinjaman bank, keluasan pelaburan dan jangkaan anda terhadap kelakuan harga rumah dalam tempoh lima tahun.

Untuk membeli apartment 3-bilik yang berharga RM300,000, seorang pembeli hartanah perlu mengemukakan RM60,000 dibawah kedua-dua pilihan. Pada lima tahun seterusnya, dengan pinjaman bank, anda perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM1,216 setiap bulan. Dengan FundMyHome, tidak akan ada apa-apa bayaran bulanan.

Di penghujung lima tahun, dengan pinjaman bank, jumlah bayaran anda adalah sebanyak RM132,960 dan masih ada lagi hutang sebanyak RM218,779. Di bawah FundMyHome, anda hanya bayar RM60,000 dan hanya mempunyai RM240,000 jumlah tertunggak.

Satu lagi cara untuk melihatnya ialah amaun yang telah dibayar ditambah dengan amaun tertunggak adalah RM351,739 di bawah pinjaman  bank. Manakala di bawah FundMyHome jumlah keseluruhan adalah RM300,000 atau lebih kurang RM52,000 lebih murah. Ini adalah kerana bayaran yang dibuat di tahun-tahun awal adalah bayaran faedah.

Walau bagaimanapun, sekiranya harga rumah naik lebih daripada 17%, adalah lebih baik dengan pinjaman perumahan  bank biasa. Sebaliknya, risiko kerugian disebabkan penurunan dalam harga rumah jauh lebih tinggi di bawah pinjaman perumahan bank. Dengan FundMyHome, kerugian anda adalah terhad kepada modal yang dilaburkan, iaitu 20% dari harga rumah asal.

Secara ringkasnya, jika anda mempunyai akses kepada pinjaman perumahan bank, lebih suka untuk tidak berkongsi keuntungan modal anda dan tidak keberatan dengan apa sahaja kerugian, FundMyHome bukanlah untuk anda.

Sebaliknya, jika anda tidak mempunyai akses kepada pinjaman perumahan bank, bersedia untuk berkongsi keuntungan modal anda dan mengurangkan potensi kerugian anda, maka FundMyHome adalah mungkin yang terbaik untuk anda.

Adakah wajar kenaikan daripada sebarang keuntungan modal kebanyakannya dinikmati oleh pemaju sementara 20% kerugian modal pertama ditanggung oleh pembeli rumah?

FundMyHome adalah cara  terbaik kerana pemaju hanya menerima 80% daripada harga rumah apabila dijual. Baki 20% hanya diperolehi pada akhir tahun ke lima, dengan harga rumah meningkat sebanyak 20%. Jika tidak, pemaju akan kehilangan 20% itu.

20% itu diketepikan untuk membayar faedah 5% kepada institusi pelabur selama tempoh 5 tahun, yang bertindak untuk memberi insentif kepada mereka. Tanpa pulangan yang adil, tidak mungkin ia dapat menarik pelabur untuk membiayai rumah anda.

Secara singkat,  20% keuntungan modal pertama yang dibayar kepada pemaju pada akhir tahun 5 adalah pembayaran balik 20% mereka yang diketepikan setelah penjualan rumah untuk membayar kadar faedah 5% kepada para pelabur. Pemaju tidak akan mendapat lebih daripada harga jualan asal rumah itu. Sebaliknya, mereka kehilangan risiko sehingga 20%, walaupun harga rumah tetap tidak berubah.

FundMyHome menjajarkan kepentingan pemaju dan pembeli rumah supaya pemaju diberi insentif untuk menaikkan nilai harta anda.

Adakah FundMyHome ini sebuah skim ponzi?

Tidak.

Sebuah skim ponzi adalah satu bentuk penipuan yang menarik pelabur dan membayar untung kepada pelabur awal menggunakan dana yang diperolehi daripada pelabur-pelabur selepasnya. Skim ponzi tidak  melakukan pelaburan yang benar dan sah.

Di bawah FundMyHome, semua dana yang diperolehi dilaburkan dalam aset yang kukuh dan nyata – rumah kediaman anda. Anda boleh melihatnya, merasainya dan tinggal di dalam nya. Semua pulangan yang kemudiannya  dibayar kepada anda dan para pelabur terletak di atas nilai hartanah itu di mana ianya jelas, telus dan disahkan secara bebas setiap lima tahun.