Pemilik rumah akan lebih kaya jika rakyat biasa tidak mampu memiliki rumah sendiri

Sebuah komen dalam ruang Frankly Speaking dalam isu terkini suratkhabar The Edge Malaysia (Nov 12-18, 2018)

Isunya bukan ada rumah atau pun tidak, tetapi kemampuan.

Sebab itulah terdapat beratus-ratus ribu rumah dan apartmen berbilang harga yang masih belum dijual. Boleh dikatakan rumah di bawah RM500,000 membentuk sekitar 50% daripada kediaman yang tidak terjual. Ini termasuk rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan melalui PR1MA.

Terdapat dua jenis golongan kemampuan. Pertama, golongan pendapatan dan akses kepada pembiayaan, dan kedua adalah harga rumah.

Harga rumah telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini sementara pendapatan pula tidak meningkat. Ini adalah kesalahan struktur ekonomi yang akan mengambil masa bertahun-tahun dan agak rumit  untuk menyelesaikannya, jika ia dapat diperbaiki sama sekali.

Akibatnya, menurut Bank Negara Malaysia, mereka yang memperoleh pendapatan purata di Malaysia hanya mampu membeli rumah yang berharga kira-kira RM300,000.

Jika kita mengikuti garis panduan ini, kebanyakan rakyat Malaysia tidak boleh dan tidak mampu membeli rumah.

Menyewa adalah apa yang digalakkan oleh bank negara.

Tetapi penyewaan tidak membina ekuiti atau simpanan untuk masa depan. Pemenang sebenar dalam situasi ini, jika kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk menyewa selama-lamanya, akan menjadi milik golongan pemilik hartanah, yang mungkin memiliki beberapa bilangan.

Ini akan menjadi kes di mana pemilik rumah akan jadi semakin kaya sementara golongan yang kurang kemampuan sampai bila-bila menjadi penyewa, dan tidak dapat membina ekuiti dalam bentuk harta, jika akses kepada pemilikan rumah adalah terhad.

Apakah penyelesaiannya?

Sekiranya pendapatan terlalu rendah manakala harga rumah terlalu tinggi, penyelesaian yang jelas adalah untuk menaikkan pendapatan sebanyak 25%, serta memaksa harga rumah tidak terjual turun sebanyak 25%.

Kemampuan akan meningkat sebanyak 50% dan kesemua stok hartanah yang masih tidak terjual boleh dilepaskan dan beratus ribu rakyat Malaysia boleh memiliki rumah.

Ini hanyalah pengiraan  matematik. Ekonomi dan kewangan walaubagaimanapun tidak berfungsi dengan cara itu.

Kita semua tahu akibat yang akan berlaku jika kadar gaji dinaikkan secara menyeluruh sebanyak 25% sekali harung  hanya untuk menangani masalah kemampuan pembelian rumah. Sama juga seperti memaksa harga rumah diturunkan sebanyak 25% – ia akan memusnahkan seluruh nilai pasaran hartanah, bukan sahaja yang belum dijual, tetapi lebih kurang sama amaunnya dengan yang lain. Ia memusnahkan kekayaan.

Kerana pendapatan mereka tidak meningkat dengan cepat, ramai rakyat Malaysia mengambil pinjaman bank untuk memiliki rumah impian mereka. Perkembangan hutang ini dari 2009 hingga 2015 telah menjadikan isi rumah Malaysia sebagai salah satu yang paling banyak dimanfaatkan di Asia hari ini.

Inilah sebab mengapa penyelesaian harus ditemui di mana hutang BUKANLAH satu-satunya cara untuk orang ramai, terutama sekali golongan muda untuk membeli rumah.

Di bawah skim FundMyHome yang baru dilancarkan ini, di mana ekuiti yang dimasukkan oleh pelabur menggantikan pinjaman oleh bank, pembeli rumah kali pertama tidak akan dibebani dengan pembayaran pinjaman perumahan bank dalam tempoh lima tahun pertama pemilikan.

Ruang pernafasan lima tahun ini penting untuk membolehkan mereka membina simpanan mereka apabila pendapatan mereka meningkat kelak, dengan itu membolehkan mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengambil pinjamann perumahan bank biasa kemudian.

Secara singkatnya, FundMyHome membolehkan mereka memiliki sebuah rumah yang tak mungkin akan mereka mampu memilikinya. Dengan cara ini, memiliki rumah mereka sendiri mungkin tidak lagi menjadi impian yang sukar dicapai oleh ramai golongan muda rakyat Malaysia daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Adakah FundMyHome ini sebuah skim ponzi?

Tidak.

Sebuah skim ponzi adalah satu bentuk penipuan yang menarik pelabur dan membayar untung kepada pelabur awal menggunakan dana yang diperolehi daripada pelabur-pelabur selepasnya. Skim ponzi tidak  melakukan pelaburan yang benar dan sah.

Di bawah FundMyHome, semua dana yang diperolehi dilaburkan dalam aset yang kukuh dan nyata – rumah kediaman anda. Anda boleh melihatnya, merasainya dan tinggal di dalam nya. Semua pulangan yang kemudiannya  dibayar kepada anda dan para pelabur terletak di atas nilai hartanah itu di mana ianya jelas, telus dan disahkan secara bebas setiap lima tahun.